facebook KLIK PANGKAH UNTUK TUTUP Button Close
loading...

Gempar 3 Beradik Hilang Di Kulim Semalam Akhirnya Dijumpai Polis Berada di… !!!


Gempar 3 Beradik Hilang Di Kulim Semalam Akhirnya Dijumpai Polis Berada di… !!!| Tiga kanak-kanak termasuk kembar menyorok di dalam longkang dan takut pulang ke rumah di Taman Desa Aman, Padang Meha, di sini, semalam, selepas melihat orang ramai berkumpul di hadapan rumah mereka. Difahamkan orang ramai termasuk anggota Kawasan Rukun Tertangga berkumpul dan melakukan gerakan mengesan ketiga-tiga mangsa berusia 11 dan lapan tahun selepas kehilangan mereka pada jam 7.30 malam tular di media sosial.
Bagaimanapun, semua mereka ditemui dalam keadaan selamat di dalam longkang terletak kira-kira 200 meter dari rumah jam 11.10 malam. Bapa mangsa yang enggan dikenali berkata, ketika kejadian dia sedang bekerja di Pulau Pinang sebelum dihubungi isteri memaklumkan kehilangan anak mereka.
“Sebelum kejadian ketiga-tiga anak saya sedang bermain basikal di depan rumah kira-kira jam 7.30 malam sebelum isteri menyuruh mereka masuk kerana hari malam. Namun, 20 minit kemudian, isteri saya terkejut apabila mereka tiada di depan rumah,” katanya. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Superintendan Baruddin Wariso berkata, sebaik menerima maklumat kehilangan tiga beradik itu kira-kira jam 7.30 malam, pihaknya mengadakan gerakan untuk mencari di kawasan sekitar taman terbabit.
“Saya sendiri mengetuai operasi mencari dan membabitkan 120 orang iaitu anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA, Kawasan Rukun Tertangga serta orang ramai di sekitar kawasan terbabit. “Gerakan mencari dimulakan jam 8 malam tadi (semalam) dan pada jam 11.10 malam iaitu selepas mencari lebih tiga jam pasukan mencari menemui tiga kanak-kanak itu di dalam longkang berhampiran rumah mereka,”katanya ketika dihubungi semalam.
Barudin berkata, kanak-kanak terbabit ditemui dalam keadaan selamat serta tiada sebarang kecederaan dan unsur jenayah.
“Hasil maklumat, difahamkan mereka bersembunyi di situ kerana berasa takut melihat orang ramai berkumpul di kawasan rumah mereka. “Justeru polis meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi serta berhenti menular mengenai kehilangan tiga beradik terbabit kerana kes sudah selesai,”katanya.
Semalam, kehilangan tiga beradik terbabit menjadi tular di aplikasi WhatsApp serta laman Facebook apabila ramai pihak yang ingin membantu memuat naik status untuk mencari kanak-kanak itu sehingga timbul pelbagai spekulasi dan reaksi daripada netizen.- Eberita.org
loading...
Gempar 3 Beradik Hilang Di Kulim Semalam Akhirnya Dijumpai Polis Berada di… !!! Gempar 3 Beradik Hilang Di Kulim Semalam Akhirnya Dijumpai Polis Berada di… !!! Reviewed by Unknown on 8:14 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.