facebook KLIK PANGKAH UNTUK TUTUP Button Close
loading...

SAYU : SELAMAT TINGGAL SAYANG .. USTAZAH AJAL DIPARIT SUAMI KELUARKAN NYA DARI KERETA YANG TENGGELAM (10GAMBAR)


Jertih : Hati mana yang tidak sedih melihat kereta yang dipandu isteri tenggelam didalam parit dan isteri berada didalam, dia sendiri yang keluarkan isteri sebelum hembus nafas terakhir disini nya.
Ustazah lemas selepas kereta dipandu terbabas masuk ke dalam parit di Jalan Paya Rawa, Kampung Raja, Besut, 1.30 petang tadi.
Difahamkan, suami mangsa, Ahmad Ruzaizi Mahmud, 46, yang mengeluarkan mangsa, Masni Ngah @ Mohd Jaiz, 44, dari kereta sementara menunggu bantuan pihak berkuasa.
Ahmad Ruzaizi yang juga seorang guru ketika itu berada di Sekolah Kebangsaan Beting Lintang dan bergegas ke lokasi kejadian untuk membantu mangsa.











Masni Ngah bertugas sebagai guru agama di Kolej Vokasional Besut.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kemalangan maut membabitkan kereta di lokasi kejadian pada 2.20 petang.
"Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia ketika pasukan penyelamat tiba di lokasi kejadian dan mayatnya di bawa ke Unit Forensik Hospital Besut untuk bedah siasat.
"Siasatan mendapati mangsa dipercayai hilang kawalan dan terbabas masuk ke dalam parit sebelum lemas," katanya.
loading...
SAYU : SELAMAT TINGGAL SAYANG .. USTAZAH AJAL DIPARIT SUAMI KELUARKAN NYA DARI KERETA YANG TENGGELAM (10GAMBAR) SAYU : SELAMAT TINGGAL SAYANG .. USTAZAH AJAL DIPARIT SUAMI KELUARKAN NYA DARI KERETA YANG TENGGELAM (10GAMBAR) Reviewed by Unknown on 10:07 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.