facebook KLIK PANGKAH UNTUK TUTUP Button Close
loading...

SAH ! Rupanya Ini CERITA SEBENAR Kes Budak 1 Tahun MENDERITA 5 Jam Sebelum MAUT Di JOHOR !


Seorang kanak-kanak berusia setahun meninggal dunia dipercayai lemas di dalam kereta bapanya selepas ditinggalkan selama lima jam di Saleng, semalam.

Ketua Polis daerah Kulai Supt. Razak Md Said berkata bapa kepada kanak-kanak perempuan itu telah membuat laporan polis berkenaan insiden tersebut pada pukul 4.15 petang.

“Menurut lelaki itu, isterinya telah meletakkan anak mereka di tempat duduk belakang supaya dia boleh menghantar kanak-kanak itu ke rumah pengasuh yang berhampiran dengan rumah pasangan tersebut di Bandar Putra pada pukul 9.30 pagi.
“Kira-kira pukul 10.00 pagi, si bapa telah meninggalkan rumah untuk ke tempat kerjanya di Saleng, tanpa menyedari bahawa anaknya sedang berada di tempat duduk belakang,” kata Razak.

Tambah Razak lagi, pada pukul 3,00 petang, si bapa telah menerima panggilan telefon daripada pengasuh anaknya yang bertanya mengapa dia tidak menghantar kanak-kanak itu ke rumahnya seperti hari biasa.

“Lelaki itu terus bergegas ke keretanya dan menemui kanak-kanak perempuan itu sedang berada dalam keadaan lemah dan dipercayai telah meninggal dunia,” terang Razak.

Razak berkata si bapa kemudiannya membawa anaknya ke Hospital Temenggung Seri Maharaja Tun Ibrahim di sini dimana pegawai perubatan yang bertugas telah mengesahkan kanak-kanak itu telah meninggal dunia.

“Bedah siasat akan dilakukan pada pukul 10.00 pagi esok untuk mengenalpasti punca kematian,” tambah Razak.

Katanya, kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 31(a) di dalam Akta Kanak-Kanak 2001 kerana mengabaikan kanak-kanak yang mengakibatkan kematian
loading...
SAH ! Rupanya Ini CERITA SEBENAR Kes Budak 1 Tahun MENDERITA 5 Jam Sebelum MAUT Di JOHOR ! SAH ! Rupanya Ini CERITA SEBENAR Kes Budak 1 Tahun MENDERITA 5 Jam Sebelum MAUT Di JOHOR ! Reviewed by Unknown on 3:41 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.