facebook KLIK PANGKAH UNTUK TUTUP Button Close
loading...

Tidak Disangka Sangka Ular Senduk Berlegar Luar Cermin Kereta Ketika Lelaki Ni Sedang Memandu


Awas! jangan biarkan tingkap kereta anda terbuka walau pun kecil, terutama jika anda meletak kereta di bawah pokok atau pun ketika melalui jalan yang mempunyai pokok-pokok yang rimbun di kiri kanan jalan.

Ini kerana seorang pemandu teksi di Bangkok menerima penumpang yang tidak disangka-sangka baru-baru ini.





Ia adalah seekor ular senduk panjang yang terjatuh di atas teksinya sebelum menjulur turun ke cermin sisi bahagian pemandu. Kemungkinan besar, ular itu terjatuh dari mana-mana dahan pokok yang dilalui teksi tersebut.

Ular itu kelihatan berhempas pulas untuk terus melilit dirinya pada kereta dan berada di kedudukan sangat hampir dengan pemandu. Mujurlah, cermin tingkapnya ditutup rapat.

Ular itu kemudiannya menjulur ke cermin depan sebelum hilang dari pandangan.

Bayangkan jika cermin tingkap bahagian pemandu terbuka ketika kejadian, tentu ular itu sudah berada di dalam teksi dan mematuk pemandunya. Memang menakutkan kejadian ini, beringat-ingat sebelum kena.



loading...
Tidak Disangka Sangka Ular Senduk Berlegar Luar Cermin Kereta Ketika Lelaki Ni Sedang Memandu  Tidak Disangka Sangka Ular Senduk Berlegar Luar Cermin Kereta Ketika Lelaki Ni Sedang Memandu Reviewed by Unknown on 9:31 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.